

Sunday, 24 November 2013 | 0 comments

Pagi itu aku tekad mahu jumpa Kak Ina. Alhamdulillah, dengan sedikit usaha, impianku dimakbulkan Allah.
Sesampai di perkarangan rumah Kak Ina yg ibarat syurga baginya itu, disambut tanganku penuh mesra. Kami bersalaman dengan rasa rindu yg terbuku di dalam hati, aku melemparkan senyuman untuknya.
Allah...
Terasa bagai semangat untuk berjuang di atas jalan Allah itu kembali.
Rindunya tak mampu ku luahkan dengan kata-kata.
Allah...
Rindu mahu bersama-sama di Pusat Islam.
Kata Kak Ina
"Pastinya Pusat Islam juga merindui kamu Syikin" :')
"Macam mana pengisian di sana?"
"Dapat istiqomah tak?"
"Kak Ina tak mau kamu tak dapat apa-apa pengisian. Kak Ina akan cuba bantu kamu tau!"
"I love you adik!"
Tak mungkin aku lupakan kata-kata ini.
Allah...
Kasih dan sayangnya Kau pada aku, kerana telah hantarkan bidadari-bidadari syurga ini dalam hidupku.
Alhamdulillah...
Ya Allah, tika kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu.
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku.
Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai,
Teman seperjuanganku, peniup semangat jihadku.
Saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu.
Kau jadikanlah ukhuwah ini disemai atas redhaMu.
Teguhkan atas cinta padaMu.
Lindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu.
Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu.
Amin...
Ya Allah, andai sahabatku resah,
Tenangkanlah hatinya dengan teduhan Ma'rifahMu.
Andai dirinya terancam,
Lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu.
Andai tubuhnya kedinginan,
Selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayangMu.
Rindukan Jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
Ya Allah jangan Kau biarkan hati dan jiwa jasadnya terpesona dengan duniawi.
Khusyukan hatinya dalam rukuk dan sujudnya menghadapMu.
Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepadanya.
Aminnn.
Semoga ukhuwah yang dibina terus kekal hingga ke Syurga.
InsyaAllah.
Aminnn.
Uhibbuki Fillah ^_^