

Wednesday, 25 December 2013 | 0 comments
Assalamualaikum sahabatku yang dikasihi Allah.
Moga sentiasa berada dalam rahmat Allah.
Aminnn.
Alhamdulillah, hari ini aku diberi kesempatan untuk berkongsi isi hati.
Sudah hampir enam bulan aku meninggalkan UiTM Seri Iskandar.
Tapi keindahannya masih mekar di hati.
Terasa baru semalam aku masih berada di sana.
Allah...
Di sini paling aku rindui Indahnya Islam di sana.
"Berapa lama awak masuk UiTM?"
Soalan yang sering ditanya bila aku mula berkongsi mengenai cara Islam di sana.
Dua minggu. Ya. Dua minggu. Cuma dua minggu aku berada di sana.
Seminggu orentasi dan seminggu aku hanya habiskan masa mengenali UiTM.
Aku banyak habiskan masa berada di Pusat Islam atau lebih dikenali sebagai PI.
Aku nekad mahu keluar dari UiTM hanyalah kerana menurutkan kata ibuku. Dia mahu sungguh aku belajar berdekatan dengan rumah.
Aku tidak salahkannya. Aku rela. Aku redha.
Kerana redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa.
Semakin lama aku berada di sana, semakin kuat cintaku pada PI.
Semakin sayang mahu tinggalkan UiTM.
Warganya.
Allahu... Sungguh aku rindu pada mereka keranaMu Ya Allah :'(
Minggu pertama di UiTM jadual orentasi kami sangat padat.
Tapi Alhamdulillah, aku cukup rehat, cukup makan, cukup tidur (mungkin).
Dalam sehari hanya 5 kali kami berada di PI untuk menunaikan solat (di sinilah masa banyak dihabiskan)
Di sinilah aku jumpa banyak perkara yang menakjubkan.
Masa kami tak terbuang dengan sia-sia di sini.
Hati kami sentiasa di isi dengan pengisian Islam.
Subhanallah...
Aku lihat semangat mereka.
Semangat mereka merapatkan saf-saf solat.
Usaha mereka.
Sanggup.
Sanggup.
Kita lihat usaha mereka kecil. Tapi pasti besar di sisi Allah.
Masih adakah kalangan kita yang kesah akan saf solat?
Saf hadapan, kiri, kanan? Penuh dah ke?
Subhanallah.
Ini lah namanya...
TEGUR KERANA SAYANG.
Aku lihat kasih sayang yang terjalin antara mereka.
Aku baru jumpa bagaimana perasaan itu,
Perasaan sayangkan sahabat ukhuwah fillah.

((Kak Miza-Hari terakhir di PI))
Hari pertama perndaftaran,
Pertama kali aku di sapa oleh Kak Miza,
Kami ibarat sudah lama mengenali,
Tanganku disambut mesra.
Bertanya khabar.
Allah...

((Kak Ina))
Terjumpa pula Kak Ina di PI,
Mulanya sekadar mahu bertanya mengenai persatuan Islam (IMAD) di sana,
Setelah aku menyatakan padanya bahawa aku tidak lama di sana,
Lantas jasadku dipeluk begitu erat,
Aku dapat rasa kasih sayang (keranaMu) dalam perlukan mesra itu,
Subhanallah. Indahnya Islam.
Jodoh kami berterusan InsyaAllah.
Alhamdulillah.
Allah pertemukan kami.
Begitu juga yang lain.
Sahabat itu seperti,
Cubit peha kiri, peha kanan terasa jua.
Sahabat mereka itu semata-semata kerana Allah.
Berjuang sama-sama di jalan Allah.

((Aku, FatinNShuhada, Aspalela-Dewan Sri Iskandar))
Di PI juga aku kenal Aspalela atau aku lebih mesra dengan panggilan Lela.
Lela juga pelajar kemasukan panggilan pertama sama seperti aku,
Mula dengan ta'aruf.
Mula dengan ta'aruf.
Dan mulai hari itu, kami sentiasa bersama.
Inilah Jodoh.
Jodoh itu milik Allah.
Minggu orentasi mulai menutup tirai,
Di situ pula aku ditemukan dengan Fatin,
Kami kenalan sekolah rendah di MGS2.
Bukanlah begitu rapat.
Tapi aku begitu gembira bila dapat khabar dia mahu daftar di UiTM SI.
Rapatnya kami seperti sahabat yg terpisah.
Rindu.
Perasaan berharap.
Bercampur baur.
Seronoknya.
Indah sungguh pertemuan itu.
Sehingga sekarang ukhuwah ini masih segar.
Aku tidak lupa juga.
Barisan pemimpin.
Jika sekarang, pemimpin itu,
Lebih disanjungi kerana hartanya.
Lebih dihormati kerana pengaruhnya.
Lebih disayangi kerana habuannya.
Tetapi di UiTM SI,
Pemimpinnya yg soleh solehah.
Dalam tutur kata pasti terselit ingatan pada Allah.
Sentiasa cuba bangkitkan semangat mahasiswa cintakan Penciptanya.
Dalam kesibukan belajar
Masih sempat menghadirkan diri dengan program ilmiah di PI.


Barisan pemimpin UiTM SI.
Gambar sudah cukup menceritakannya.
Bila berada di atas.
Mereka tidak lupa di bawah.
Sungguh aku dapat rasakan kasih sayangnya.
Sombong itu tak wujud di sini.Masing-masing cuba menjaga imej Islam.
Bawa dan pegang dakwah Islam yg di amanahkan oleh Allah ini.
Subhanallah.
Aku sungguh kagum.
Habis saje minggu orentasi,
Aku cuba biasakan diri.
Tidak lupa bingkisan mesej dari Kak Miza,
Sentiasa mengingatkan kami pada Allah.
Hariku tersusun rapi oleh Allah.
Indah sungguh perancangannya.

Alhamdulillah.
Dengan izin Allah.
Aku dapat menghadiri majlis kecilan itu.
Sederhana tapi cukup.
Penuh dengan kasih sayang.
Penuh barakah.
Penuh Ilmiah.
Manisnya bersahabat kerana Allah.

Aku paling kagum saat terlihat,
Tiada istilah senior junior.
Aku hampir tidak dapat beza antara senior dan junior.
Sama rata.
Semua sama.
Kami duduk dalam bulatan.
Disebelah kananku Fnshuhada yg sentiasa menemani.
Di kiri ku pula Kak Amalia barisan pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Di sana,
Tempat makan lelaki dan perempuan sangat jauh.
Hampir tidak kelihatan.
Terjaga sungguh perempuan di situ.
Suapan pertama harus diberi pada sahabat.
Tanda kasih sayang.
Allah...
Manisnya ukhuwah ini.
Gelak tawa mereka dilitupi.
Sopan.
Sangat menghiburkan aku.
Aku kagum.
PI tak pernah sunyi.
Pergi saja bila-bila waktu.
Pasti ada saja pelajar di sana.
Pagi,
Ramai yg solat dhuha.
Tengah hari,
Ramai yang study group.
Petang,
-Solat jemaah zuhur dan asar (masa 'gap' kelas)
-Usrah setiap khamis dan bacaan ma'thurat berjemaah.
Malam,
-Solat maghrib dan isya' berjemaah
-Kuliah

Rasa sayang mahu tinggalkan PI.
Mahu lama lagi berada di sana bersama mereka.
Tak mau terpisah (Hihi)
Sayang sangat.
Paling aku kagum,
Cara pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Dari sekecil-kecil perkara,
Sehingga sebesar-besar perkara.
Semua Allah tunjuk dalam masa yang begitu singkat.
Segala pandangan aku,
Allah bukakan hati aku.

Study group antara lelaki dan perempuan.
Gambar seterunya ini aku ambil dari page Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD)

Batas pergaulan semasa mesyuarat persatuan


Street Da'wah yang di adakan di pasar malam UiTMSI oleh pelajar persatuan IMAD

Kem yang dianjurkan. Masih mengikut syari'at Allah.

Dan ini lah barisan pemimpin IMAD.
Moga kalian dipermudahkan segala urusan untuk menyebarkan cinta Allah.
Aamiinn...
Yang penting,
Perempuan tidak ditindas.
Perempuan bisa melontar pendapat.
Perempuan bisa menjadi pemimpin.
Allahu...
Subhanallah...
Semuanya indah sekali jika berlandaskan syariat Allah.
Aku hanya mampu menitiskan air mata tatkala terima segala nikmatMu ini Ya Allah.
Alhamdulillah.
Allah...
Wahai wanita,
Peliharalah matamu dari memandang sesuatu yang tidak baik.
Peliharalah tanganmu dari memegang yang haram.
Peliharalah kaki dari bertandang ke tempat yang tidak mendatangkan faedah.
Peliharalah hatimu dari mencintai sesuatu yang belum halal buatmu.
Pelihara hatimu dari segala kejahatan dan kebencian.
Sucikan dirimu.
Sucikan auratmu.
Jaga amanah Allah ini padamu.
Allah jaga kamu.
InsyaAllah.
Cinta aku padamu.
Pada agamaku.
Pada umatmu Ya Rasulullah.
Pasti kau gembira melihat usaha jihad mereka.
Allah...
Kurniakan mereka syurga.
Sesungguhnya sekecil-kecil perkara pasti ada lumayannya di akhirat kelak.
"Apabila hati mula dipenuhi cinta-Nya, rasa ingin ku beritahu satu dunia bahawa aku juga mencintai-Nya."
Salam rindu buat warga UiTMSI,
Muslimah sejati.