

Monday, 23 May 2016 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.Wah macam lama betul tak update. 5 tahun dulu, hampir setiap hari update (nampak sangat masa tu takde kerja). Atlast baru aku tau hidup ni busy dia macam mana. Kadang tak sempat langsung nak makan (minum air manis je for hydrate). Badan demam pun tak sempat nak kesahkan sangat. Mampu mengadu kat mak je. Huhu. But then, aku okay je. Alhamdulillah sihat je sekarang ni. Untuk sesiapa yang baca entry ni (kalau ada), I'm doing well :)
Hasrat menulis kali ni nak bagi inspirasi tapi, sekarang tengah unmotivated, takut tak sampai ke hati je kalau share pun, but who cares kan. Haha.
Alhamdulillah about 20 days from today, aku akan habis study. Hee :D Happy sangat. Banyak sangat plan nak buat. Eheh. Surely aku akan rindu masa 'study', sama macam aku rindu suasana sekolah bila sambung belajar. Rindu je, tak nak ulang balik. Heee.
((Hmmm, macam dah lost apa yang nak dikongsikan.))
Hai untuk yang setia singgah walaupun setahun sekali. Eh? :D
Aku masih sama. Sama persis dulu.
Masih belum matang. Juga kanak-kanak seperti dulu. (Paling susah nak menginjak dewasa)
Masih diri yang sama. Masih hati yang sama,
Mungkin perlakuan berbeza (sopan sikit KOT)
Tapi tapi tapi aku makin social anxiety.
Aku pun tak reti nak describe diri sendiri.
Okay tu jelah pasal diri aku.
Hari ni nak kongsi sikit.
"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan, dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan." (21:35)
"Lebih baik jatuh terduduk dari jatuh terlentang, mana lagi senang bangun?" - A,2015
Been through so many things yang menjatuhkan diri sendiri. Lebih kurang macam letak perangkap untuk diri sendiri. Aku akui, tak boleh berdiri seorang diri, kalau jatuh, takde siapa boleh tolong bangunkan. Boleh juga bangun, tapi lambat sikit lah. Macam sekarang. Its been 6 month since aku tinggalkan atau aku 'futur' dalam kerja-kerja aku sebelum ni. Bahagia cuma sementara, peritnya setiap masa. Hati nak buat, perlakuan yang melambat-lambatkan. Hai lah jiwa. Hidayah susah nak masuk ni. Sebab apa? Banyak sangat dosa. Takde ruang untuk cahaya nak masuk. Jangan kata Allah tak bagi hidayah. Kau yang menolak. Ibarat...
"Cahaya takkan menerangi kamar yang tertutup jendelanya."
Deep betul. Tapi tipu lah aku tak cuba. Aku cuba, jangan risau. Aku akan kembali :D
Masa yang menjadi penentunya. Juga aku, sama ada mahu atau tidak.
Kuatkan diri, kuatkan hatimu. Yakin pada Dia okay :')
![]() |
Istana Negara, 2015 |